Lima perompak bersenjata ditembak mati - Semasa | mStar

Lima perompak bersenjata ditembak mati

KUCHING: Lima anggota kumpulan perompak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan satu pasukan polis di Jalan SamarahanKapung Baru di Kota Samarahan dekat sini hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh berkata kumpulan itu dipercayai terlibat dalam 38 kes rompakan di sekitar daerah Kuching dan Kota Samarahan sejak Julai lepas.

Bercakap pada sidang akhbar di sini, beliau berkata bahawa kejadian berlajku pada 5.30 pagi tadi apabila seorang daripada penjenayah itu melepaskan tembakan ke arah polis setelah kereta yang mereka naiki terbabas di bahu jalan.

"Seorang lagi penjenayah yang berada di dalam kereta dilihat sedang menghalakan shotgun ke arah polis manakala tiga orang lagi, yang telah lari keluar, menyerang anggota polis dengan parang dan batang besi ketika dikejar oleh polis," katanya.

Mohmad berkata anggota polis telah melepaskan beberapa tembakan ke arah kumpulan tersebut yang menyebabkan kesemua lima suspek mati di tempat kejadian.

Polis merampas sepucuk pistol buatan sendiri, dua bilah parang, satu bilah pisau, satu topeng, sarung tangan, dua butir peluru hidup, satu batang rotan,dua batang besi pengumpil, dua telefon bimbit, satu komputer riba serta tiga pasang nombor pendaftaran.

"Beberapa azimat juga ditemui pada penjenayah itu yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri," kata Mohmad.

Menurutnya kumpulan itu bergiat aktif melakulan rompakan di sini manakala kereta yang mereka gunakan dilaporkan hilang pada 8 November lepas.

Kejayaan polis itu adalah hasil maklumat yang mengatakan terdapat sebuah kereta dinaiki lima lelaki dalam keadaan mencurigakan berlegarlegar di kawasan Semariang, Petra Jaya di sini.

"Kemudian sepasukan polis mengekori kumpulan itu sehingga ke Kota Samarahan," kata Mohmad. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain