suria

LHDNM keluar 217,275 notis tindakan pendakwaan kesalahan Borang E

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mengeluarkan 271,275 Notis Tindakan Pendakwaan Kesalahan kepada majikan yang tidak mengembalikan Borang E Saraan bagi tahun 2004 sehingga 2007.

LHDNM, dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya telah menerima beberapa aduan dari majikan yang masih menerima notis itu walau pun telah mengembalikan Borang E tersebut.

Sehubungan itu, majikan yang terlibat diminta menghubungi pihak LHDNM untuk pengesahan kedudukan sebenar pengemukaan Borang E mereka di cawangan berhampiran atau di talian 1300881030.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain