suria

Guan Eng: Kewujudan sekolah vernakular tidak menyalahi perlembagaan

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mempertahankan kewujudan sekolahsekolah vernakular di negara ini kerana ia tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan.

Katanya Perlembagaan negara dengan jelas memperuntukkan hak setiap kaum menggunakan bahasa ibunda masing-masing dan penggunaan bahasa berkenaan tidak menjadi penghalang kepada perpaduan kaum.

"Berdasarkan perlembagaan, kita ada hak dan rakyat Malaysia bebas untuk belajar menggunakan bahasa ibunda mereka. Saya tidak fikir ia boleh menjejaskan perpaduan di negara ini kerana silibus yang diajar masih mengikut garis panduan Kementerian Pelajaran, cuma bahasa pengantarnya sahaja yang berbeza," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Majlis Perniagaan Bersama Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) di sini.

Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan mewujudkan sekolah satu sistem di negara ini bagi mengelakkan polarisasi kaum.

Jika sekolah satu sistem diwujudkan, ia akan mengubah ciri-ciri identiti setiap kaum yang ada di negara ini, kata beliau. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain