RTM sedia timbang saluran khusus perjalanan Parlimen - Semasa | mStar

RTM sedia timbang saluran khusus perjalanan Parlimen

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan sedia menimbangkan penyediaan satu saluran khusus di Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengenai perjalanan persidangan Parlimen, kata Menterinya Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Bagaimanapun, katanya RTM akan menilai kebaikan dan keburukan saluran siaran langsung seumpama itu yang kini dilaksanakan di negara lain seperti Amerika Syarikat dan Brazil.

"Ada negara seperti Amerika (Syarikat) mempunyai saluran tersendiri yang menyiarkan perbahasan atau perkara-perkara yang berlaku di Kongres atau Senat negara tersebut dan sewaktu Kongres atau Senat tidak ada, saluran tersebut dianggap sebagai saluran politik untuk membincangkan perkara-perkara politik secara khususnya," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Razali Ibrahim (BNMuar) sama ada kerajaan boleh menimbangkan untuk menyediakan satu saluran khusus mengenai perjalanan Dewan Rakyat, Dewan Negara atau Dewan Undangan Negeri sepertimana yang dijalankan di negara-negara lain.

"Masih ramai yang menggunakan waktu (siaran) tersebut untuk bermain dengan galeri iaitu bercakap bagi memuaskan hati orang kawasannya lebih daripada kepentingan negara dan soal kerajaan keseluruhannya.

"Jadi perkara ini, kita akan kaji lagi dan tengok kesan baik dan buruknya, Tidak semua negara maju yang ada satu saluran khusus dan sebagainya," kata Ahmad Shabery.

Sebelum itu, Razali dalam soalan asalnya bertanyakan mengenai minat dan maklum balas rakyat sejak penyiaran secara langsung sidang Dewan Rakyat yang dilaksanakan awal tahun ini melalui kajian dan tinjauan pendapat yang pernah dibuat selain jumlah kos penyiaran dan pendekatan yang lebih menjimatkan.

Ahmad Shabery berkata sebanyak 93 peratus hasil tinjauan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) Rancangan Selamat Pagi Malaysia siaran RTM1 pada Mei lepas mendapati penonton bersetuju liputan siaran langsung sidang Dewan Rakyat diteruskan.

"Kementerian Penerangan masih dalam peringkat kajian dan belum bercadang untuk menambah masa siaran langsung sesi soal jawab Parlimen dari 30 minit kepada 90 minit dan menyiarkannya melalui internet," katanya.

Ahmad Shabery berkata anggaran kos penerbitan siaran langsung itu adalah RM2.3 juta setahun manakala kos sebenarnya bergantung kepada bilangan hari persidangan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain