suria

Astro Awani siar syarahan Bill Clinton Jumaat ini

KUALA LUMPUR: Tarikh Bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton berucap pada pelancaran Syarahan Memorial BC Sekhar dipercepatkan pada Jumaat ini berikutan dengan perubahan pada jadual beliau.

"Ada perubahan yang tidak dapat dielakkan dalam jadual Presiden yang menyebabkan tarikh syarahan itu perlu diawalkan. Kita kesal dengan kesulitan kepada tetamu kita kerana perubahan ini. Ia tidak dapat dielakkan," kata jurucakap Kumpulan Petra Andrew Murray-Watson hari ini.

Syarahan itu yang dianjurkan oleh Yayasan Sekhar di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini pada mulanya dijadual diadakan Sabtu ini, pukul 2.30 petang dan telah ditukar ke Jumaat ini, pukul 6 petang, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Murray-Watson berkata syarahan itu, yang akan dihadiri lebih 3,000 tetamu, dipilih daripada 12,000 pemohon melalui sistem undian awam, yang akan disiarkan secara langsung oleh ASTRO Awani (saluran 501).

Ini merupakan lawatan pertama Clinton ke Malaysia, dan beliau akan juga menerima Pingat BC Sekhar untuk Kepimpinan Transformasi, satu anugerah baru yang diberikan kepada individu yang memaparkan komitmen kehidupan yang membawa kepada satu perubahan amalan positif di dunia, kata beliau. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain