suria

Mayat Hemalatha, mangsa pengganas Mumbai dibakar Rabu ini

MAYAT mendiang Hema Kasipillay yang maut ketika Hotel Taj Mahal Palace yang didiaminya diserang dan ditawan kumpulan militan di Mumbai, India, Rabu lepas, tiba kira-kira pukul 7.20 pagi tadi di Kompleks Kargo MAS, Lapangan Terbang Antarabangsa KL hari ini. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Mayat mendiang Hemalatha Kasipillay, 51, yang terkorban akibat serangan pengganas di Taj Mahal Palace Hotel, Mumbai, India akan dibakar Rabu ini.

Suami Kasipillay, K.Sivakumaran berkata upacara pembakaran itu akan diadakan pada hari itu bagi menunggu kepulangan esok, anak pasangan tersebut Nishalini, 19, an Dhinesh, 18, yang kini sedang menuntut dalam bidang perubatan di Volgograd, Rusia.

Difahamkan mayat Kasipillay, pengurus perhubungan pelanggan sebuah firma insuran Jerman, kini diletakkan di Rumah Mayat, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

"Mayat itu akan dibawa ke rumah ibu bapa Kasipillay di No. 144 Lorong Limau Manis, Bangsar di sini esok sebelum upacara pembakaran dan sembahyang diadakan pada Rabu ini. Pada mulanya kita rancang untuk membakar mayat mendiang di Krematorium Cheras," katanya kepada Bernama.

"Anak-nak saya tidak tahu apa yang berlaku pada ibunya. Saya tak berani nak beritahu mereka," kata beliau sambil menambah bahawa persediaan akan dijalankan lewat petang ini.

Terdahulu pada pagi ini, mayat Kasipillay tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada kirakira pukul 7.20 pagi, dengan peswat kargo Malaysian Airlines (MAs).

Sementara itu, adik perempuan Kasipillay yang tidak mahu namanya disebut memberitahu Bernama bahawa anggota keluarga tidak ada apaapa untuk diperkatakan mengenai kematian itu.

Mayat Kasipillay yang rentung ditemui di bilik 637, Taj Mahal Palace Hotel pada Sabtu lepas, selepas 60 jam pengganas menyerang Mumbai.

Kasipillay adalah antara sekurangkurangnya 26 rakyat asing yang terkorban pada serangan itu, yang mengorbankan 172 orang dan mencederakan 293 orang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Wanita BN mula mesyuarat enam jam

Artikel Lain