KUALA LUMPUR:Empat pengarah syarikat hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan menerima deposit secara tidak sah daripada orang awam berjumlah RM36 juta.Pengarah syarikat PanPhoenix Dina Steel Sdn Bhd, M. Bakri Kamaruddin, 47, dan Zainal Md Yusuf, 44, mengaku tidak bersalah menerima deposit daripada orang awam tanpa memegang lesen sah mengikut Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 di Wisma Goldhill, Jalan Raja Chulan di sini, di antara 31 Jan 2007 hingga 8 April 2008. Sementara itu, dua pengarah syarikat Business Time Dina Sdn Bhd, Hasri Mohd Noor, 38, dan Hazlan Abd Hamid, 36, mengaku tidak bersalah, masingmasing terhadap dua pertuduhan bagi kesalahan menerima deposit tanpa lesen sah daripada orang awam dan sebuah syarikat di tempat sama, antara 4 Januari hingga 8 April 2008 dan pada 25 Februari 2008.Syarikat PanPhoenix turut menghadapi satu pertuduhan menerima deposit secara tidak sah mengikut akta sama, di tempat yang sama pada 31 Januari 2007 manakala syarikat Business Time dua pertuduhan kesalahan sama yang dilakukan pada 4 Jan hingga 8 April 2008 dan pada 25 Februari 2008.Harun Mat Saat, 42, pembantu keduadua syarikat terbabit, turut didakwa dan mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan bagi kesalahan sama, yang dilakukan di tempat sama, pada 31 Januari 2007 hingga 8 April 2008, 4 Jan hingga 8 April 2008 dan pada 25 Feb 2008.Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusiinstitusi Kewangan 1989.Pegawai Pendakwa dari Bank Negara Malaysia Mohd Shukri Mohd Mansur menawarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1 juta setiap seorang."Saya mempunyai 240 kes lagi yang masih tertunggak di mahkamah ini, dan saya hanya boleh menetapkan tarikh bicara pada tahun 2010 atau 2011, jika saya benarkan jaminan sebanyak RM1 juta dan mereka tidak mampu membayar, mereka terpaksa duduk di penjara dua hingga tiga tahun," kata Hakim S.M Komathy Suppiah.Beliau membenarkan kelimalima tertuduh diikat jamin sebanyak RM100,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada mahkamah, selain mengarahkan tertuduh melaporkan diri kepada pegawai penyiasat sebulan sekali.Mahkamah membenarkan kes melibatkan lima tertuduh itu dibicarakan bersama dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 15 April depan.Di Mahkamah Sesyen berlainan, keduadua pengarah syarikat PanPhoenix, Zainal dan M. Bakri, masing-masing menghadapi dua lagi pertuduhan dan mengaku tidak bersalah bagi kesalahan sama, yang dilakukan di tempat sama, pada September 2006 hingga 15 Jun 2007 dan pada 13 September 2006 hingga 8 April 2008. Harun juga mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan sama di tempat yang sama pada 13 Sept 2006 hingga 15 Jun 2007 dan 13 September 2006 hingga 8 April 2008.Syarikat PanPhoenix, yang diwakili pengarahnya M. Bakri, juga mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan melakukan kesalahan sama di tempat sama pada 13 September 2006 hingga 15 Jun 2007 dan pada 13 September 2006 hingga 8 April 2008.Sementara itu dalam kes lain, Presiden Kelab Taqwa Malaysia Haidzir Lebai Yakub mengaku tidak bersalah menerima deposit secara tidak sah di tempat sama, pada 3 Februari 2007 hingga 8 April 2008.Pegawai Pendakwa Mohd Shukri sekali lagi menawarkan jaminan setinggi RM1 juta setiap seorang, bagaimanapun Hakim Rozana Ali Yusoff membenarkan Zainal, M. Bakri dan Harun diikat jamin sebanyak RM150,000 setiap seorang, manakala Haidzir sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin."Tujuan jaminan hanyalah untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah.Jaminan hendaklah munasabah kerana tiada gunanya jaminan yang tinggi jika mereka tidak mampu mengemukakannya," kata Hakim Rozana.Kes di mahkamah itu akan disebut pada 15 April depan. BERNAMA