suria

Kerajaan bincang penurunan harga minyak esok

KOTA KINABALU: Kerajaan akan membincangkan penurunan harga petrol dan diesel esok dan keputusannya akan diumumkan awal bulan depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

"Saya akan membincangkan perkara itu dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin ini," katanya kepada pemberita pada majlis dialog dan ramah mesra bersama media Sabah di sini, malam semalam.

Harga minyak dijangka turun 15 sen lagi awal bulan depan, menjadikan harga petrol di pasaran turun daripada RM2 kepada RM1.85 sen seliter.

Pada 17 Nov lepas, Najib mengumumkan harga minyak petrol RON97 turun daripada RM2.15 sen kepada RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masingmasing daripada RM2.05 sen kepada RM1.90 seliter.

Dalam perkembangan lain, Shahrir berkata projek perintis pengedaran barang perlu bersubsidi akan dilaksanakan di daerah Sipitang, Sabah dan daerah Saratok di Sarawak pada Januari depan.

Katanya, keberkesanan projek sebulan itu di Seberang Prai Utara, Pulau Pinang dan Pekan, Pahang, masingmasing pada Ogos dan September lepas dapat mengenal pasti kaedah efektif bagi mengedarkan bekalan daripada pengeluar kepada pengguna dengan mengurangkan peranan orang tengah.

"Kita dapati di kawasan luar bandar, terutamanya di kawasan pedalaman, kos pengangkutan barangan ke tempattempat ini turut mempengaruhi harga barangan perlu bersubsidi," katanya.

"Sistem ini bukanlah untuk menghapuskan sistem pengedaran sedia ada tetapi kita mahu meningkatkan dan menambahbaikan sistem itu agar kurangnya lapisan dari segi pengedaran," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Wukuf di Arafah, 7 Disember

Artikel Berikut

Artikel Lain