suria

Polis Tawau rampas 15 mesin slot , berkas 5 suspek

TAWAU: Polis Tawau hari ini merampas 15 buah mesin slot dan memberkas lima lelaki dalam dua serbuan berasingan di dua buah premis perjudian di sini dipercayai beroperasi secara haram.

Pemangku Ketua Polis Tawau DSP Foo Kiant (ulang: Kiant) Bong berkata dalam serbuan di sebuah rumah di kilometer 4.8, Jalan Apas jam 11.45 pagi, polis merampas lapan unit mesin slot dan menahan dua lelaki berumur 36 hingga 38 tahun.

Seorang daripada mereka dipercayai penjaga mesin premis berkenaan sementara seorang lagi pelanggan.

Dalam serbuan di Kg Kurnia Jaya, kira-kira 1.6 kilometer dari sini sejam kemudian, polis merampas tujuh lagi mesin slot dan memberkas tiga lelaki berumur 21 hingga 29 tahun di dalam premis tersebut, seorang daripadanya penjaga premis itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain