suria

Ibu MB Terengganu meninggal dunia

KUALA TERENGGANU: Ibu Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said meninggal dunia di Pusat Perubatan Kemaman kira-kira pukul 10.30 malam tadi kerana sakit tua.

Wook Ali, 88, menghembuskan nafas terakhirnya setelah dimasukkan ke pusat perubatan tersebut sejak seminggu lepas.

Kematian Allahyarham disahkan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.

Ketika itu, Ahmad yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik, berada di sisi ibunya bersama anggota keluarga yang lain.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Telok Kalong selepas Zohor, hari ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain