suria

MIC sambut baik kenyataan PM mengenai yoga

KUALA LUMPUR: MIC menyambut baik dan berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai kenyataan beliau berhubung keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai senaman yoga.

Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr S. Subramaniam berkata kenyataan Abdullah adalah satu penjelasan yang dapat diterima oleh semua pihak.

"Saya harap dengan penjelasan ini, tidak akan ada lagi perselisihan pendapat atau kenyataan bercanggah mengenai amalan yoga," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Perdana Menteri telah meminta semua pihak supaya memahami intipati fatwa majlis tersebut dan tidak memutarbelitkan fakta sehingga membuat rakyat terkeliru.

Subramaniam berkata MIC menganggap penjelasan Perdana Menteri itu sudah memadai dan tidak perlu dipanjangkan lagi. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain