suria

Mahkamah Tinggi tolak permohonan ibu Francis Udayappan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan permohonan semakan semula yang difailkan oleh ibu G. Francis Udayappan terhadap keputusan Mahkamah Koroner bahawa tiada unsur jenayah dalam kematian anaknya itu.

Hakim Lim Yee Lan memutuskan bahawa mahkamah bersetuju dengan keputusan Koroner dan tidak ada sebab untuk campur tangan.

"Tidak ada elemen jenayah dan oleh itu, saya menolak permohonan ibu simati, Sara Lily George," kata Lim.

Pada 20 Jun, 2006, Sara memfailkan petisyen rayuan terhadap keputusan Mahkamah Koroner dengan mendakwa wujud unsur jenayah dalam kematian anaknya itu.

Pada 7 April, 2006, Koroner Nazran Mohd Sham mengesahkan identiti mayat yang dijumpai di Sungai Klang berhampiran Puchong pada 23 Mei 2004 yang dilabelkan sebagai 'John Doe' adalah Francis Udayappan.

Sara Lily diwakili oleh peguan N. Surendran.

Inkues di Makhkamah Koroner yang bermula 10 Ogos 2004 menjadi perhatian apabila Sara Lily mendakwa anaknya didera dan dibunuh semasa dalam tahanan polis di Balai Polis Brickfields di sini sebelum mayatnya dicampakkan ke dalam sungai. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain