Letak jawatan lebih bermaruah Karpal - Semasa | mStar

Letak jawatan lebih bermaruah Karpal

KUALA LUMPUR: Tindakan meletak jawatan dianggap lebih bermaruah bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Gesaan itu dibuat oleh Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) yang mendakwa Nazri mengeluarkan kenyataan mengelirukan yang mengatakan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai pemberian pencen kepada hakim-hakim yang dipecat dalam krisis kehakiman 20 tahun lalu kerana ia tidak didedahkan kepada umum.

"Jelas sekali apa yang dikatakan Nazri itu adalah tidak benar kerana realitinya pada 7 Oktober 1988 perkara itu (pemberian pencen) telah dilaporkan dalam akhbar The Star," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Dalam sidang media tersebut juga Karpal mengedarkan salinan keratan akhbar muka depan The Star mengenai perkara tersebut.

Menerusi laporan yang disiarkan 20 tahun lalu itu nyata menjelaskan Hakim Mahkamah Agong ketika itu (kini Mahkamah Persekutuan), Tan Sri Wan Suleiman Pawan Teh dan Datuk George Seah yang dipecat menerima bayaran pencen atas arahan Yang di-Pertuan Agong.

Laporan berkenaan turut menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan arahan berkenaan selepas menerima cadangan daripada tribunal kehakiman.

Manakala Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman telah mengeluarkan laporan kepada umum setebal 140 mukasurat mengenai arahan itu.

Bagaimanapun pada 13 November lalu, Nazri membuat pengakuan terbuka melalui media dan mengakui kesilapannya berhubung kenyataannya sebelum ini yang mengatakan bahawa kesemua hakim-hakim berkenaan tidak dipecat.

Selasa lalu Nazri sekali lagi mengulangi bahawa beliau melakukan kesilapan fakta berkenaan dan mengakui bahawa sebenarnya kesemua hakim berkenaan dipecat namun tetap menerima bayaran pencen atas permintaan Yang di-Pertuan Agong ketika itu melalui satu surat kepada Ketua Setiausaha Negara tanpa didedahkan kepada umum.

Karpal berkata kenyataan Nazri itu jelas sekali tidak benar berdasarkan bukti keratan akhbar yang didedahkannya hari ini.

"Bagaimana beliau berkata perkara itu tidak didedahkan kepada umum sedangkan ia dilaporkan dalam akhbar?

"Beliau sebagai seorang menteri nyata tidak membuat sebarang kajian mengenai perkara ini," katanya.

Isu ini mula timbul apabila pada 6 November lalu, Nazri ketika mengumumkan pembayaran exgratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan lima hakim kanan yang terlibat dalam krisis kehakiman 20 tahun lepas berkata, bekas-bekas hakim itu bukannya dipecat tetapi telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti disarankan oleh satu panel.

Hal itu menyebabkan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada 10 November lalu meminta supaya Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa kenyataan menteri itu adalah satu pembohongan besar.

Bagaimanapun Selasa lalu Timbalan Yang Dipertua, Datuk wan Junaidi Tuanku Jaafar memutuskan bahawa Nazri tidak perlu dirujuk ke jawatankuasa berkenaan kerana mendapati kenyataan yang dbuat oleh ahli Parlimen Padang Rengas itu tidak berniat untuk mengelirukan Dewan.

Artikel Sebelum

Konsulat Malaysia di Mumbai diarah beri bantuan

Artikel Berikut

Mesyuarat MT Umno ditunda Selasa depan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain