suria

Tiga lelaki menyamar jadi polis ditahan

IPOH: Polis menahan tiga lelaki yang disyaki menyamar sebagai anggota polis, semasa mereka sedang 'memeriksa' pekerjapekerja Indonesia di sebuah rumah kongsi pada waktu tengah malam.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Nordin Manan berkata ketigaketiga suspek ditangkap Isnin lepas semasa mereka sedang memeriksa pasport pekerja Indonesia di kawasan tapak perumahan Meranti Tiga, Kawasan Perindustrian Ringan, Gopeng di sini.

Menurutnya terdahulu polis menerima maklumat daripada seorang pengawal keselamatan di kawasan rumah kongsi itu yang ternampak tiga lelaki menaiki sebuah kereta menceroboh masuk ke dalam rumah kongsi berkenaan.

Beliau yang dihubungi di sini hari ini berkata pengawal keselamatan itu terus membuat laporan polis mengenai suspek yang berusia antara 20 dan 30 tahun yang mendakwa sebagai polis, memeriksa pasport pekerja Indonesia di rumah kongsi itu.

Nordin berkata siasatan mendapati salah seorang suspek mempunyai tiga rekod kesalahan lampau di sekitar Ipoh dibawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dan Seksyen 411 memiliki barang curi.

Beliau berkata setigatiga suspek kini ditahan reman dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majisteret Kampar esok. BERNAMA

Artikel Berikut

54201 pengedar dadah tahun ini

Artikel Lain