suria

Siasatan caj ceramah angkasawan Mosti tunggu sehingga Isnin depan

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) meminta tempoh sehingga Isnin bagi meneliti aduan orang ramai berhubung dakwaan angkasawan negara mengenakan bayaran RM8,000 untuk berceramah dan mengumpul dana berjumlah RM1.2 juta hasil bayaran siri ceramah.

"Kami meminta sehingga Isnin depan untuk meneliti aduan itu. Ingin saya katakan semua program yang dikendalikan Mosti tidak dikenakan bayaran kerana kementerian menangung perbelanjaan mereka," kata menteri berkenaan Datuk Dr Maximus Ongkili.

Menggulung Perbahasan Rang Undang-Undang Bajet 2009 peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini, Ongkili berkata Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menafikan beliau menerima bayaran itu.

Mengenai masa depan program angkasa negara, Ongkili berkata kementerian baru selesai menjalankan kajian berhubung perkara itu.

Beliau berkata antara hasil kajian mendapati program pertama itu banyak memberi manfaat kepada negara tetapi timbul persoalan bagaimana untuk mengoptimumkan hasil program itu.

"Kami baru saja selesai mengkaji perkara itu termasuk dari segi analisa kos dan kementerian dalam proses persiapan untuk mengemukakan kajian itu ke Kabinet," katanya.

Persidangan Dewan disambung esok. BERNAMA

Artikel Berikut

54201 pengedar dadah tahun ini

Artikel Lain