suria

Rumah ahli perniagaan jadi sasaran tembakan rambang

ALOR STAR: Sebanyak lapan das tembakan dilepaskan ke arah rumah seorang ahli perniagaan di Taman Anggerik di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada 2 pagi itu, tembakan rambang itu terkena dua buah kereta, pagar rumah dan pasu bunga di rumah ahli perniagaan itu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Star, DSP Mohd Feisal Libertus Abdullah yang mengesahkan bahawa polis menerima laporan bagaimanapun engggan mengulas lanjut.

Ketika kejadian ahli perniagaan itu dan keluarganya berada di dalam rumah.

Kejadian serupa dipercayai pernah dialami oleh keluarga itu. BERNAMA

Artikel Berikut

54201 pengedar dadah tahun ini

Artikel Lain