suria

Permohonan Amy Search batal saman dakwaan cuai didengar 30 Jan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 30 Jan depan bagi mendengar permohonan penyanyi Amy Search, yang juga pemilik restoran Cheng Ho Chinese Islamic Seafood, untuk membatalkan saman terhadapnya atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak tiga tahun melecur terkena tumpahan tomyam panas.

Tarikh itu ditetapkan setelah Hakim Unaizah Mohd, yang sepatutnya mendengar permohonan itu, bercuti kerana mengerjakan ibadat haji.

Amy, atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, dalam permohonannya untuk membatalkan saman dan tuntuan itu mendakwa dia disaman atas kapasitinya sebagai individu dan bukan pengarah syarikat Iconhill Sdn Bhd.

Beliau juga mendakwa Restoran Laksamana Cheng Ho tidak pernah wujud melainkan Cheng Ho Chinese Islamic Seafood yang ditadbir dan dimiliki oleh Iconhill Sdn Bhd.

Nik Zahir Nik Mohd Idris, sebagai penjaga, juga tidak mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak kanakkanak Nik Muhammad Zakwan Nik Zahir selaku plaintif kerana tidak memfailkan dokumendokumen yang diperuntukkan mengikut Kaedah-kaedah Mahkamah Rendah 1980, dakwa Amy lagi.

Pada 24 Sept lepas, Nik Muhammad Zakwan memfailkan saman dan tuntutan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Sivil di sini melalui bapanya Nik Zahir dan menamakan Amy, sebagai defendan.

Plaintif diwakili peguam Adnan Seman dan Nasrul Hadi Mat Saad sementara defendan diwakili peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar. BERNAMA

Artikel Berikut

54201 pengedar dadah tahun ini

Artikel Lain