suria

Mesyuarat MT Umno ditunda Selasa depan

PETALING JAYA: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dijadualkan Jumaat ini telah ditunda kepada Selasa minggu hadapan berikutan Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada di luar negara atas urusan rasmi.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, mesyuarat tersebut terpaksa ditunda kerana Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri hanya akan kembali ke tanah air pada Ahad ini.

"Datuk Seri Najib akan balik pada 30 haribulan (November) ini, jadi mesyuarat kita tangguh pada 2 Disember depan," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Najib berangkat ke Lima, Peru pada 20 November lalu kerana menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Artikel Berikut

54201 pengedar dadah tahun ini

Artikel Lain