suria

Lelaki Thai yang dibunuh di kebun semalam turut diliwat

KUALA LUMPUR: Lelaki warga Thailand yang mati dibunuh semalam bukan sahaja ditinggalkan berbogel di kebun sayur malahan turut diliwat oleh empat lelaki yang sebelum ini menyamunnya di Fasa 2, Bandar Baru Sungai Buloh.

Mangsa ditemui di dalam keadaan nazak dengan kecederaan parah di kepala, leher dan dadanya akibat dikelar dan ditikam menggunakan parang oleh penjenayah tidak berperikemanusiaan itu sebelum meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Sungai Buloh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Mohd Shukor Sulong berkata hasil bedah siasat, mangsa Mohd Kamil Karim, 23, atau dikenali sebagai Sollah didapati diliwat sebelum dibunuh.

"Siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan kami sedang memburu kesemua penjenayah berkenaan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, mangsa yang berasal dari Pattani, selatan Thailand bersama rakannya Asri Kutue, 32, sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah dari sebuah restoran 'tomyam' tempat mereka bekerja kira-kira pukul 2.45 pagi apabila disamun empat lelaki bersenjatakan parang.

Keempat-empat lelaki yang menunggang dua motosikal itu merampas telefon bimbit mereka ketika sedang berjalan di Lorong 6, Fasa 1 taman berkenaan.

Kedua-dua mangsa dipaksa menaiki motosikal bersama suspek sebelum Asri terjun dari motosikal dan melarikan diri.

Sollah yang tidak sempat melarikan diri ditemui dalam keadaan tragis dan berlumuran darah di tepi semak dekat sebuah kebun sayur tersebut. BERNAMA

Artikel Berikut

54201 pengedar dadah tahun ini

Artikel Lain