suria

Nazri Lebih banyak jawatankuasa khas akan ditubuh

KUALA LUMPUR: Kerajaan sememangnya berhasrat untuk menubuhkan lebih banyak Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen di dalam Parlimen Ke12 ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau berkata ini bagi memberikan lebih ruang kepada anggotaanggota untuk membincangkan dengan lebih teliti isu-isu yang dirujuk kepada jawatankuasa berkaitan.

"Bagaimanapun apaapa keputusan untuk menubuhkan jawatankuasa yang sedemikian memerlukan perancangan yang teliti supaya ia dapat berjalan dengan lancar," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) yang mahu tahu bila Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen akan ditubuhkan dalam Parlimen ke-12 dan sama ada jawatankuasa pilihan khas yang ditubuhkan sebelum ini akan diteruskan.

Mengenai jawatankuasa pilihan khas yang ditubuhkan sebelum ini, Mohamed Nazri berkata kerajaan sedang mempertimbang untuk menghidupkan semula Jawatankuasa Pilihan Khas yang lalu bagi meneruskan kesinambungan tugastugas yang telah dimandatkan oleh Majlis Mesyuarat sebelum ini.

"Diharapkan (usaha menghidupkan semula jawatankuasa pilihan khas lepas) akan mendapat sokongan oleh Majlis Mesyuarat Parlimen kali ini," katanya.

Pada majlis mesyuarat yang lepas, sekurang-kurangnya tiga jawatankuasa pilihan khas ditubuhkan antaranya Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Perpaduan dan Khidmat Negara, Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Integriti dan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Etika Anggota Parlimen. BERNAMA

Artikel Lain