Mekanik cedera terkena tembakan ketika memancing - Semasa | mStar

Mekanik cedera terkena tembakan ketika memancing

KUANTAN: Seorang mekanik cedera di rusuk kiri selepas terkena satu das tembakan ketika sedang memancing ikan di sebatang sungai dekat Mempaga Empat, Bentong, semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang, Supt Mohd Haris Daud berkata, kejadian berlaku pada tengah hari ketika Moh Seng Tong, 36, dari Bentong, sedang memancing bersama seorang rakan.

Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa rakan Moh yang berusia 52 tahun kemudian mendapati Moh mengerang kesakitan dan terus membawanya ke Hospital Bentong.

"Peluru yang dipercayai dari senapang patah menembusi bahagian rusuk kiri Moh. Dia dilaporkan berada dalam keadaan stabil," kata Mohd Haris.

Katanya polis sedang mengesan individu yang melepaskan tembakan itu yang berkemungkinan merupakan pemburu binatang.

Mereka yang mempunyai maklumat atau mengetahui tentang kehadiran pemburu binatang di sekitar lokasi terbabit diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di talian 09-2222222. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain