suria

Lelaki Thai dibunuh selepas disamun

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Thailand mati dipercayai dibunuh empat lelaki yang sebelum itu menyamunnya di Fasa 2, Bandar Baru Sungai Buloh dekat sini hari ini.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Sollah, berumur lingkungan 20an sebelum itu ditemui masih bernafas kira-kira 6 pagi tadi di sebuah kebun dalam keadaan bogel dan berlumuran darah.

Mangsa bagaimanapun meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Sungai Buloh akibat cedera parah di kepala, leher dan dadanya akibat dikelar dan ditikam.

Sebelum kejadian, mangsa bersama rakannya Asri Kutue, 32, dikatakan sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah mereka dari sebuah restoran "tomyam" tempat mereka bekerja kira-kira pukul 2.45 pagi.

Asri berkata ketika berjalan kaki di Lorong 6, Fasa 1, tibatiba mereka dihampiri empat lelaki yang menaiki dua buah motosikal yang kemudian bertindak mengacukan parang dan meminta barang berharga daripada mereka.

Sollah yang berasal dari Pattani dan Asri yang berasal dari Sungai Golok, Thailand bagaimanapun hanya dapat menyerahkan telefon bimbit milik mereka memandangkan mereka tidak membawa sebarang wang.

Ini menyebabkan para penyamun berkenaan tidak berpuas hati dan memaksa keduaduanya menaiki motosikal lelakilelaki berkenaan.

"Saya dan Sollah naik motosikal secara berasingan dan dipaksa duduk di tengah motosikal sambil suspek mengacu parang. Saya bagaimanapun pada satu ketika nekad terjun dari motosikal dan melarikan diri.

"Saya yang ketakutan terus ke rumah majikan saya yang kemudianya menghubungi rakanrakannya dan polis untuk mencari Sollah. Kirakira 6 pagi tadi, kami mendapat panggilan daripada polis mengatakan Sollah sudah ditemui mati," kata Asri di tempat kejadian.

Dia yang cedera di bahu kiri akibat terkena libasan parang ketika cuba melarikan diri, memberitahu kesemua suspek berbadan kurus dan berkulit gelap.

"Saya mengenali Sollah selama dua tahun. Saya trauma dengan kejadian ini," katanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supt Mohd Shukor Sulong ketika dihubungi berkata polis sedang memburu kesemua penjenayah berkenaan. BERNAMA

Artikel Lain