suria

Ibu ragui kematian anak mahu mayat dibedah siasat

ALOR STAR: Seorang ibu tunggal yang meragui kematian anak lelakinya akibat menggantung diri semasa dalam lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah mahu mayat anaknya dibedah siasat semula.

S. Kanaghambal, 54, berkata dia meragui laporan bedah siasat yang dibuat di Hospital Sulanah Bahiyah (HSB) Ahad lepas sehari selepas anaknya, R. Suria, 29, ditemui mati tergantung dengan tuala di dalam lokap polis.

Lelaki itu dari dari Taman Lobak Paya, Kulim dipercayai perogol bersiri dan terbabit dengan kes rompakan bersenjatapi di sebuah kedai di Jitra, barubaru ini.

"Saya meragui laporan bedah siasat selepas melihat keadaan Surai yang terdapat kesan jahitan di beberapa tempat lain selain di tengkuk dan badan," katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas membuat aduan kerana meragui laporan bedah siasat itu di IPD Alor Star, hari ini.

Katanya kesan jahitan di telinga dan di keduadua belah tapak kaki anaknya membuatkan dia ragu punca kematian kerana bedah siasat sepatutnya di badan dan tengkuk sahaja. BERNAMA

Artikel Lain