suria

Usul agar pemimpin PKR letak jawatan jika terbabit skandal dapat sokongan

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan bersetuju dengan cadangan pergerakan wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar wakil rakyat daripada parti itu meletak jawatan sekiranya terlibat dengan skandal seks dan rasuah.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata itu adalah cara terbaik bagi memastikan parti terus bersih ke arah meraih sokongan rakyat.

"Tidak kira apa peringkat pun, kalau terlibat harus letak jawatan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Semalam, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, berkata beliau akan mengusulkan agar setiap Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri daripada parti itu menandatangani kontrak bahaa mereka akan meletak jawatan jika terlibat dalam amalan rasuah atau skandal seks.

Shamsul juga berkata pada kongres tahunannya pada 28 Nov ini, AMK akan membawa tiga usul iaitu berkaitan politik, ekonomi dan usaha memperkasakan parti. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain