suria

Saravanan sedia tanding timbalan presiden MIC

KULIM: Ketua Penerangan MIC, Datuk M.Saravanan sedia bertanding mana-mana jawatan penting dalam parti itu termasuk Timbalan Presiden pada pemilihannya Jun tahun depan asalkan mendapat sokongan padu daripada anggota akar umbi.

"Kalaulah saya ditakdirkan dan dicalon untuk bertanding jawatan nombor dua dalam parti itu pun saya tidak akan menolak kerana saya menghormati pilihan dan hasrat mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Wisma Karate Negeri Kedah di Taman Nenas di sini semalam.

Terdapat ura-ura kononnya Timbalan Presiden sekarang, Datuk N.Palanivel akan dicabar dalam pemilihan parti akan datang.

Selain itu, Saravanan yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan berkata, MIC telah menyenaraikan nama 163 orang dari kalangan rakyat keturunan India yang pernah berjasa kepada negara dalam bidang sukan dan kerja amal sejak tahun 60an tetapi tidak mendapat penghargaan sewajarnya daripada kerajaan.

Beliau berkata senarai tersebut telah diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan untuk dipertimbangkan sebarang penghargaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain