suria

Lelaki dijumpai mati tertiarap dipercayai terjatuh dari kompleks beli belah

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki dijumpai mati tertiarap di lorong memunggah barang di tepi sebuah bangunan kompleks beli-belah di Bandar Baru Uda di sini hari ini.

Lelaki berusia 40 tahun itu dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan tempat meletak kenderaan bertingkat kompleks beli belah itu pada 3.30 petang.

Seorang pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Azmi, 40, berkata beliau terdengar bunyi yang kuat ketika berada di pejabatnya yang terletak bersebelahan tempat kejadian.

"Saya terdengar bunyi benda jatuh, ingatkan ada orang buang sampah," katanya. Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, ACP Ruslan Hassan berkata polis akan menyiasat punca kematian lelaki berasal dari Tampoi itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain