suria

KPDNHEP papar harga barang dalam laman web

JOHOR BAHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan memantau harga barang yang dijual di semua pasar hiper dan pasar raya besar di bandar utama seluruh negara dalam usaha untuk menurunkan harga barang.

Menterinya Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini berkata harga itu kemudiannya akan dipaparkan di laman web kementerian di http://www.kpdnhep.gov.my untuk kemudahan orang ramai.

"Semakan harga akan dibuat dan dipaparkan di laman web itu setiap hari bagi kemudahan orang ramai mendapatkan nilai yang terbaik bagi barangan keperluan mereka," katanya selepas merasmikan Program Taufan Kasih dan Integrasi Residen AADK Bersama Masyarakat Sivil dalam Parlimen Johor Baharu di sini.

Usaha itu akan diteruskan di peringkat pasar basah dan pasar mini, kata Shahrir yang juga Anggota Parlimen Johor Baharu.

Ditanya mengenai penurunan harga barang yang dilihat perlahan walaupun selepas lima kali penurunan harga minyak mentah, beliau berkata cara penurunan harga barangan berbeza dengan harga minyak mentah dunia.

"Harga minyak mentah dunia turun dengan mendadak membolehkan harga diturunkan berkalikali namun harga barangan lain pula berbeza cara namun penurunan atau kenaikan harga barangan mempunyai caranya sendiri," katanya.

Beliau berkata ada penurunan harga barangbarang yang berlaku dan ia paling dapat dirasai di peringkat barang makanan yang dikilangkan.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain