suria

Damai sokong PGSM desak kerajaan guna undangundang atas pihak pertikai fatwa

KUALA LUMPURDewan Amal Islam Hadhari (Damai) menyokong kenyataan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) yang mendesak kerajaan menggunakan undang-undang di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan Kanun Keseksaan ke atas pihak yang mempertikaikan institusi fatwa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Amran Zakaria berkata kerajaan perlu mengambil serius desakan itu demi menjaga kredibiliti Majlis Fatwa yang bertanggung jawab memberi panduan dan menjelaskan kesamaran berkaitan hukum Islam.

"Harus diingatkan manamana individu, kumpulan atau badan bukan kerajaan (NGO) yang menyanggah keputusan yang dibuat Majlis Fatwa bererti mencabar Majlis Raja-Raja Melayu yang telah memberi kuasa kepada Majlis Fatwa bagi menentukan hukumhakam sesuatu perkara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sabtu lepas Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan amalan yoga secara sistematik iaitu yang membabitkan gerakan fizikal, bacaan mantera dan matlamat penyatuan diri dengan Tuhan, bertentangan dengan syariat Islam.

Susulan pengumuman itu, beberapa laporan akhbar antaranya memetik pandangan NGO yang dilihat seakan mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan apabila meminta badan itu supaya memberi fokus kepada isu lain yang lebih serius dan bukannya yoga yang hanya satu jenis senaman.

Menurut Amran, kelompok dan golongan NGO bukan Islam yang tidak memahami peranan fatwa dinasihatkan memohon penjelasan daripada Majlis Fatwa dan tidak bertindak melebihi sepatutnya.

"Damai juga kesal kerana ada NGO Islam sendiri yang mempertikaikan sesuatu hukum berasaskan logik akal sematamata untuk kepentingan liberalisme yang diperjuangkan oleh kumpulan mereka," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain