suria

Lelaki ditemui mati dengan kesan terbakar di ladang sayur

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan terbakar di sebuah ladang sayur, di Jalan Kempas Lama, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara Supt Mohd Akhir Ishak berkata mangsa yang melecur kirakira 70 peratus di bahagian belakang badan ditemui dalam keadaan tertiarap oleh seorang pekerja ladang berkenaan, kirakira 8 pagi.

"Mangsa yang berpakaian lengkap ditemui tanpa sebarang dokumen pengenalan diri. Mangsa bukan pekerja ladang itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat kesan tetakan di bahagian kiri kepala mangsa yang menyebabkan polis pada siasatan awal mempercayai mangsa dibunuh sebelum dibakar.

Katanya polis sedang mengenal pasti identiti mangsa dan menyiasat motif kejadian. BERNAMA

Artikel Lain