suria

Shafie Kerajaan tubuh jawatankuasa khas jamin tapak warisan dunia

KUANTAN: Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menubuhkan sebuah jawankuasa khas untuk menjamin pengekalan pengiktirafan Georgetown dan Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Unesco.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata jawatankuasa yang dipengerusikan beliau itu akan memastikan agar kerajaan Pulau Pinang dan Melaka menjamin pemeliharaan dan pemuliharaan yang berterusan daripada segala bentuk tindakan yang boleh menyebabkan pengiktirafan itu ditarik balik oleh Unesco.

Jawatankuasa itu akan mengawasi usaha pemeliharaan secara berterusan oleh kedua-dua negeri tersebut bagi mengekalkan dan menghargai pengiktirafan yang diberikan kepadanya," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Perpaduan Parlimen Paya Besar di sini hari ini.

Beliau berkata, sebarang pembangunan di zon yang telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia itu, mesti terlebih dahulu dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan dan juga pihak kerajaan negeri sebelum ia dipersetujui.

Shafei berkata kementerian itu akan bermesyuarat pada minggu depan untuk mengkaji semula, sama ada kemungkinan pembinaan empat buah hotel tersebut dibina di zon Tapak Warisan Dunia di Georgetown.

Beliau berkata, sekiranya pembangunan yang dilaksanakan itu tidak mematuhi garis panduan Unesco, tidak mustahil pengiktirafan tersebut akan ditarik balik, dan jika itu berlaku, ia akan menjejaskan promosi kawasan tersebut sebagai tempat pelancongan dan pusat warisan.

Selain itu, katanya ini akan menjejaskan usaha kerajaan di masa akan datang untuk memohon agar tempattempat lain diberi pengiktirafan serupa.

"Kita ada banyak lagi tempat yang kita mahu cadangkan kepada Unesco sebagai Tapak Warisan Dunia, jadi saya bimbang langkah-langkah tertentu boleh menjejaskan pengiktirafan di keduadua tempat ini dan seterusnya menyukarkan kita untuk memohon pengiktirafan bagi tempattempat lain," tambah beliau.

Beliau berkata pengiktirafan sebegitu seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh Pulau Pinang dan Melaka kerana peruntukan dan promosi di dua negeri itu dilaksana dan ditanggung oleh Unesco.

Pada 7 Julai lepas, Unesco telah mengiktiraf Georgetown dan Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia manakala majlis Penyerahan Watikah Pengisytiharan kepada keduadua negeri itu akan diadakan pada malam ini.

Terdahulu pada majlis itu, Shafie meminta pihak Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) supaya sensitif dengan persekitaran kegiatan kurang sihat di kawasan perumahan masing-masing.

Justeru katanya, mulai tahun depan kementeriannya akan menghantar anggota-anggota KRT seluruh negara mengikuti kursus kemahiran yang bukan sahaja berkaitan keselamatan malah dalam tugas risikan di KRT masing-masing. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain