suria

Rakyat Vietnam mati dibunuh

NILAI: Seorang bekas pekerja kilang rakyat Vietnam ditemui mati dengan kesan tetakan di badan dan kepala dalam bilik mandi tingkat bawah blok G, Taman Semarak, di sini awal hari ini.

Mayat Nguyen Van Ung, berusia dalam lingkungan 40an ditemui berlumuran darah dalam bilik mandi tempat tinggal pekerja kilang Recron oleh pengawal keselamatan di situ pada pukul 1.30 pagi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan (Risikan/Operasi) Supt Zazali Hashim berkata polis turut menjumpai dua bilah pisau pemotong daging dan sebatang besi di tempat kejadian.

Mangsa dipercayai diserang lebih dari dua lelaki, katanya di sini hari ini. Beliau berkata siasatan awal polis mendapati mangsa telah lari daripada majikannya (kilang Recron) sejak Mac lepas.

Zazali berkata polis sedang mengesan suspek yang juga rakyat Vietnam yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk bedah siasat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain