suria

Polis siasat video mengenai pemanduan berbahaya dipaparkan di internet

DUBAI: Mereka tentu bangga dengan kemahiran memandu mereka hingga memaparkan video mengenai aksiaksi ngeri di internet, tetapi jangan harap polis tidak ambil peduli, dan akan mendiamkan saja hal itu.

Polis berkata mereka akan menyiasat video yang menunjukkan beberapa orang remaja memandu dengan cuai di jalanjalan raya di Emiriah Arab Bersatu, lapor The National.

"Kami akan menyiasat bagi menentukan sama ada berlaku pelanggaran undangundang," harian itu menyebut Kol Saif Muhair Al-Mazrouei, timbalan pengarah bagi lalulintas Polis Dubai sebagai berkata.

Video itu muncul di laman web seperti YouTube, yang memaparkan pemandu melakukan aksi ngeri atau terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas hilang kawalan ke atas kenderaan mereka.

"Polis Dubai akan mengenakan hukuman berat ke atas mereka yang didapati memandu dengan berbahaya," kata beliau.

Al-Mazrouei berkata bukti video sudah cukup untuk memberkas pemandu cuai. BERNAMA

Artikel Sebelum

Umat Islam dilarang sertai yoga

Artikel Lain