suria

Obama hampir pasti lantik Hillary sebagai Setiausaha AS yang baru

WASHINGTON: Barack Obama yang dipilih sebagai Presiden ke-44 Amerika Syarikat (AS) awal bulan ini hampir pasti melantik Senator Hillary Rodham Clinton sebagai Setiausaha Negara AS.

Pengumuman dibuat selepas sambutan Thanksgiving.

Menurut seorang pembantu Obama, selepas pertemuan kedua-dua mereka seminggu lalu, usaha kini dipercepatkan untuk memastikan pelantikan tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Pembantu yang terlibat dalam proses peralihan menjelang kemasukan Obama ke White House Januari ini, Obama dan Hillary telah menyentuh aspek kewangan melibatkan bekas Presiden Bill Clinton, suami Hillary dan pembiayaan yayasannya di 27 buah negara.

Malah, menurut sumber itu, Obama dan Hillary juga telah membincangkan tanggungjawab baru yang bakal diketuai oleh pesaing pencalonan jawatan Presiden peringkat Demokrat itu.

Obama telah menewaskan Hillary untuk menguasai tiket pemilihan Presiden.

Bagaimanapun Obama belum bersedia untuk membuat pengumuman rasmi lagi.

Hillary dikatakan memikirkan tawaran tersebut sejak beberapa hari lalu dan dijangka tidak akan menolak tawaran tersebut.

Walaupun sesetengah pemimpin Demokrat sangsi sama ada Hillary mampu dan berupaya memegang jawatan itu, tetapi Obama tertarik dengan bakat dan pengalamannya.

Jika menjadi kenyataan, beliau akan menjadi wanita ketiga memegang jawatan penting pentadbiran White House itu. AP

Artikel Sebelum

Umat Islam dilarang sertai yoga

Artikel Lain