suria

Kaukus wanita perjuang kuota 30 peratus wanita pegang jawatan tinggi

KUALA LUMPUR: Kaukus Anggota Parlimen wanita mahu kuota 30 peratus wanita memegang jawatan tertinggi dalam sektor awam dan sektor swasta dilaksanakan dengan segera.

Pengerusinya Nancy Shukri berkata isu itu akan menjadi perjuangan utama 23 anggota Parlimen wanita selain daripada mengambil berat masalah gangguan seksual di kalangan wanita.

"Kaukus wanita ini telah ditubuhkan pada 17 Julai lepas kerana melihat isu wanita, isu yang perlu diketengahkan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata melalui kaukus wanita ini juga akan memudahkan perkara berhubung kaum wanita dibawa ke Parlimen.

Nancy yang juga anggota Parlimen Batang Sadong berkata Jawatankuasa Kesaksamaan Gender akan dibentuk bagi membolehkan anggota Parlimen lelaki juga turut serta dalam kaukus ini.

"Isu wanita sangat luas dan bukan hanya membabitkan wanita," katanya. BERNAMA

Artikel Lain