suria

Tiada laporan pembatalan Kings of Tennis oleh BPR

PULAU PINANG: Badan Pencegah Rasuah (BPR) Pulau Pinang tidak menerima sebarang laporan berhubung pembatalan 'Kings Of Tennis'.

"Secara rasmi kami belum terima sebarang laporan, jika isu itu ada kaitan dengan rasuah kami akan siasat," kata Pengarah BPR Pulau Pinang, Latifah Md Yatim.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas berhubung pembatalan 'Kings Of Tennis' yang sepatutnya berlangsung pada 14 hingga 16 Nov lepas ketika ditemui pada seminar 'Pengurusan Integriti dan Program Gerak Mesra Boling Persahabatan' di sini, hari ini. BERNAMA

Artikel Lain