suria

Polis marin patahkan cubaan 46 pendatang asing masuk ke negara ini

SANDAKAN: Polis Marin Sabah mematahkan cubaan 46 pendatang tanpa izin dari Filipina untuk masuk ke negara ini apabila menahan kapal penumpang yang mereka naiki di perairan berhampiran Kampung Batu Putih di sini awal pagi ini.

Pemangku Pegawai Pemerintah Polis Sandakan C/Insp Sri Vikneswaran Renganathan berkata mereka yang ditahan itu berusia antara 12 dan 60 tahun terdiri daripada 20 lelaki, 14 wanita dan 12 kanak-kanak.

Beliau berkata kapal penumpang yang dinaiki rakyat Filipina itu ditahan pada pukul 3.45 pagi dan hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka termasuk juragan kapal tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

"Ketika ditahan, kesemua mereka baru sampai dari Pulau Kagayan di selatan Filipina," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata hasil siasatan polis mendapati kapal penumpang itu didaftar di Sandakan untuk kegunaan memancing. BERNAMA

Artikel Lain