suria

Kejohanan Raja Tenis Umno Tanjong dakwa kerajaan negeri salah guna kuasa

PULAU PINANG: Umno Bahagian Tanjong hari ini membuat laporan polis terhadap kerajaan Pulau Pinang dengan mendakwa ia menyalah guna kuasa apabila mengecualikan penganjur Kejohanan Raja Tenis di sini daripada membuat bayaran jaminan bank dan untuk sewaan padang.

Timbalan Ketua Umno bahagian itu Raja Munir Shah Raja Mustapha berkata kerajaan negeri telah memberi kebenaran dan keizinan tanpa mengambil bayaran RM2 juta sebagai jaminan bank dan RM200,000 untuk sewaan Padang Kota Lama di sini bagi perlawanan itu yang sepatutnya berlangsung dari Jumaat hingga Ahad ini tetapi kini dibatalkan.

Raja Munir memberitahu pemberita bahawa sehingga hari ini, struktur gelanggang belum diturunkan manakala padang yang menjadi tempat rekreasi umum telah rosak teruk.

"Memandangkan pembinaan gelanggang telah menyebabkan kerosakan pada padang warisan berkenaan, jadi siapa yang akan bertanggungjawab terhadap kerosakan itu?" katanya.

Mengikut perancangan, kejohahan itu bakal disertai bekas pemain tenis terbaik dunia dari Amerika Syarikat dan Eropah termasuk John McEnroe, Marcelo Rios dan Pete Sampras. BERNAMA

Artikel Lain