suria

Syed Hamid Ayah Pin akan ditangkap jika JHEAT minta

KUANTAN: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata Arifin Muhamad, 65, atau Ayah Pin yang didakwa menganjurkan satu ajaran sesat di Terengganu, hanya akan ditahan jika Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) meminta bantuan polis untuk menangkapnya.

Beliau menjelaskan kes penyelewengan agama atau ajaran sesat bukanlah dalam bidang kuasa polis sebaliknya ia adalah bidang kuasa majlis agama Islam.

"Dalam hal ini Ayah Pin dikatakan melakukan penyimpangan dari segi agama, dia mengajar agama sesat. Bila ajar agama, ini bukan bidang polis, ini bidang majlis agama, kita hanya boleh ambil tindakan bila majlis agama memberikan kita arahan untuk menolong menangkap dia," katanya kepada pemberita selepas menutup Perhimpunan Pertahanan Awam peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Mengenai perhimpunan itu, beliau berharap lebih ramai belia berbilang kaum menyertainya kerana ia adalah medan terbaik untuk mewujudkan perpaduan dan toleransi.

Perhimpunan tahunan yang diadakan selama tiga hari bermula Sabtu lepas itu disertai 1,324 anggota dari seluruh negara. BERNAMA

Artikel Lain