suria

Kisah Obama laris 7 buku diterima terbit sejak dipilih Presiden

NEW YORK: Kurang dua minggu selepas memenangi pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama terus menjadi buruan industri penerbitan buku.

Menurut Nielsen Bookscan, yang menguasai kira-kira 70 peratus jualan negara itu, lebih 100,000 maskhah buku Obama sudah terjual antara 3 dan 9 November lalu termasuk 50,000 naskhah tahuk The Audacity of Hope dan Dreams from My Father serta 19,000 naskhah Change We Can Believe Iniaitu buku koleksi ucapan dan kertas dasar beliau.

Bidaan di eBay ke atas edisi pertama The Audacity of Hope, jualan sejuta naskhah sejak diterbitkan pada 2006, telah mencecah AS$1,000 (RM3,500).

Kini, penerbit-penerbit sudah mula memfokus untuk mengeluarkan buku terbaru Presiden pertama daripada kalangan masyarakat kulit hitam ini, khususnya menjelang tarikh beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-44 29 Januari depan.

Maklumat diperoleh dari www.publishersmarketplace.com, yang menguruskan soal perjanjian jualan buku berkata, sekurang-kurangnya tujuh buku berkaitan dengan Obama telah dipersetujui sejak beliau menewskan John McCain 4 November lalu.

Ini termasuk buku tulisan William Eggers dan John O'Leary yang bertajuk If We Can Put a Man on the Moon dan Renegade: The Education of Barack Obama yang ditulis oleh Richard Wolffe dari Newsweek. AP

Artikel Lain