suria

Minuman keras tanpa cukai dirampas

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu kegiatan menjual minuman keras yang disyaki tidak dibayar cukai Kastam bernilai RM50,000 dengan tertangkapnya empat lelaki di Jalan Sentul dan Bukit Bintang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata tiga lelaki warga asing ditahan di premis menjual minuman itu di Jalan Sentul, manakala seorang warga tempatan ditahan di Bukit Bintang kira-kira pukul 9 malam tadi.

"Hasil pemeriksaan ke atas kereta warga tempatan itu, polis menemui dua kotak minuman keras dalam tin dan dua botol arak satu liter setiap satu di dalam keretanya," katanya kepada pemberita hari ini.

Zakaria berkata polis kemudian dibawa ke sebuah premis menjual minuman itu dan merampas 412 tin dan 5,383 botol minuman keras disyaki tidak dibayar cukai kastam dan disimpan di dalam sebuah stor yang tidak berlesen, yang terletak di tingkat atas premis itu.

Katanya, tiga warga asing berumur 25 hingga 35 tahun itu yang dipercayai penjaga premis itu turut ditahan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Adun Sanglang angkat sumpah

Artikel Lain