suria

Bill Clinton sampaikan syarahan di Malaysia 6 Disember

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton akan menyampaikan syarahan sulung peringatan BC Sekhar yang dianjurkan oleh Yayasan Sekhar, dengan sokongan Institut Strategi dan Kepimpinaan Asia (ASLI).

Beliau juga akan menerima Pingat BC Sekhar bagi Kepimpinan Perubahan, anugerah baru yang diberikan kepada individu yang menunjukkan komitmen sepanjang hayat dalam mewujudkan perubahan positif yang praktikal di dunia.

Syarahan itu akan diadakan pada 6 Disember depan dan tempatnya akan diumumkan kelak.

Presiden dan pengasas Petra Group, Datuk Vinod Sekhar, berkata pingat itu akan diberikan kepada Clinton kerana penat jerihnya menangani penyebab utama kemiskinan di dunia.

Faktor-faktor lain termasuk komitmennya yang kental dalam memupuk kefahaman dalam komuniti yang berpecah belah dan keazaman beliau untuk melihat orang bekerja bersama dalam persahabatan untuk mewujudkan perubahan, katanya.

"Kami mahu memberikan setiap orang peluang mendengar presiden itu berucap. Beliau adalah seorang pemimpin yang berwawasan dan inspirasi kepada berjutajuta," kata beliau pada persidangan media semasa mengumumkan Syarahan Peringatan BC Sekhar itu, di sini hari ini.

Mereka yang berminat akan diberikan peluang untuk menghadirinya dengan menghantar emel kepada [email protected] dengan butiran lengkap nombor kad pengenalan atau pasport mereka.

Seramai 2,000 permohonan pertama akan memasuki cabutan undi untuk tiket.

Alamat emel permohonan akan diaktifkan pada pukul 1 petang esok.

Permohonan yang disampaikan sebelum masa itu tidak akan dipertimbangkan.

Sehingga 500 orang awam akan diberikan tempat duduk bagi syarahan itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Adun Sanglang angkat sumpah

Artikel Lain