suria

Azalina RafidahShahrizat perlu cari penyelesaian

LONDON: Ahli Majlis Tertinggi, Umno Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz dan naibnya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil perlu mencari jalan penyelesaian mengenai pelan peralihan kuasa yang ditetapkan.

Beliau berkata, anggota di peringkat akar umbi mungkin mahukan perubahan, namun pada masa yang sama wujud unsur janji mengenai tarikh tepar peralihan kuasa itu.

Katanya apa yang penting bagi pergerakan itu sekarang adalah fokus terhadap kekuatan parti bagi membantu mencapai kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan tapak pameran Tourism Malaysia yang dikenali sebagai Malaysia Pavilion di World Travel Market (WTM) di ExCel London, di sini hari ini, semasa mengulas mengenai keputusan Mesyuarat Exco Pergerakan Wanita Umno semalam yang memutuskan pelan peralihan kuasa antara Rafidah dan Shahrizat dikekalkan pada Jun tahun depan.

Bagaimanapun terdahulu Shahrizat dilaporkan mahu supaya isu peralihan kepimpinan dalam pergerakan itu dirunding bagi mencari jalan penyelesaian terbaik selaras dengan pemilihan di peringkat Pusat termasuk Pemuda dan Puteri.

Azalina berkata, fokus Wanita Umno sekarang ialah untuk kuatkan parti, dan untuk itu penyelesaian dalam isu mengenai peralihan kuasa perlu disegerakan kerana jika tidak, ia akan turut melemahkan Umno.

"Apa pun keputusan yang mereka buat ini, saya harap mereka akan kembali supaya dapat samasama fokus dan beri penekanan kepada Umno di samping melihat pendekatan baru untuk pengundi muda kepada Barisan Nasional dan Umno," katanya.

Azalina yang hanya mendapat 21 pencalonan bagi merebut jawatan Naib Ketua Wanita tidak layak untuk bertanding kerana tidak mencapai kuota pencalonan iaitu 29 pencalonan.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, Azalina berkata beliau akan memberi tumpuan kepada pencalonan beliau untuk anggota Majlis Tertinggi parti. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Adun Sanglang angkat sumpah

Artikel Lain