suria

Isu Pengkid DAMAI sedia jadi orang tengah

KUALA LUMPUR: Dewan Amal Islam Hadhari (DAMAI) bersedia menjadi orang tengah bagi menyelesaikan salah faham pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam terhadap keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau "pengkid".

Ketua Pegawai Eksekutif Damai, Amran Zakaria berkata pihaknya bersedia mengatur pertemuan antara pihak berkenaan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung isu fatwa itu.

"Dalam keadaan mereka tidak memahami asas agama Islam termasuk fungsi Majlis Fatwa Kebangsaan, mereka wajar memohon penerangan berkaitan isu itu," katanya dalam kenyataan semalam.

Jumaat lepas, sebuah portal berita melaporkan mengenai NGO bukan Islam, "Katagender" dan "Food notBombs"" berdemonstrasi membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan perlakuan 'pengkid' atau wanita menyerupai lelaki baru-baru ini.

Portal berita itu juga menyiarkan temu bual dengan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah yang mempersoalkan fatwa tersebut yang disifatkan cuba mengongkong cara hidup seseorang termasuk dalam soal berpakaian.

Amran berkata NGO terbabit boleh menghubungi Damai melalui telefon 03-26175203 atau faksimili 03-2692 6661 sekiranya mereka mahu mengadakan pertemuan itu.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain