suria

Usul Karpal terhadap kenyataan media Ketua Hakim Negara

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, hari ini mengemukakan usul tergempar berhubung kenyataan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi bahawa beliau pernah memberi rasuah kepada staf mahkamah ketika bertindak sebagai peguam dua dekad lalu.

Sehubungan itu, Karpal berkata, dari segi moral Zaki sewajarnya telah membuat laporan berhubung kejadian tersebut yang diakui berlaku pada 1987.

Ia merupakan antara dua usul dikemukakan oleh pemimpin DAP dan wakil rakyat veteran parti itu di Dewan Rakyat hari ini.

Zaki dilantik sebagai Ketua Hakim Negara bulan lalu.

Dalam kenyataan itu, Zaki mengakui sedar tentang kewujudan amalan rasuah di bahagian kehakiman.

Bagaimanapun kenyataan Zaki itu yang disiarkan akhbar bahasa Inggeris telah dinafikan oleh beliau keesokan hari.

"Zaki telah melakukan kesalahan serius di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan ia memerlukan siasatan mendalam," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain