suria

Tak payah menangis biar dia belajar duduk dalam penjara kata Hakim

KUALA LUMPUR: "Tak payah menangis. Biar dia belajar sikit duduk dalam penjara tu. Kalau duduk luar pun nanti dia akan buat kesalahan lagi," kata Hakim Mohd Nasir Nordin kepada ibu seorang tertuduh di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Ibu kepada Muhamad Ramzan Saiful Rahman, 19, yang didakwa merompak tiga pekerja warga negara India sebuah restoran di sini dua minggu lalu telah menangis teresakesak apabila tidak mempu membayar wang ikat jamin anaknya sebanyak RM5,000 kerana dia hanya mempunyai RM500.

Mohd Ramzan dan seorang rakannya yang berumur 16 tahun mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan, bersamasama tiga lagi yang masih bebas, merompak W.Balasubramaniam, B.Ganesan dan Mohamed Malik tunai RM1,000, wang syiling RM100 dan 45 kotak rokok pelbagai jenis.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Rezeki Jaya, Blok 2, Tingkat Bawah Apartmen Jaya, Desa Tun Razak, Cheras pada 4.30 pagi 25 Okt lepas.

Hakim Mohd Nasir menetapkan 17 Dis untuk sebutan semula kes, dan membenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 buat Mohd Razman, dan RM4,000 kepada remaja 16 tahun itu.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fazril Sani Mohamed Fadzil manakala keduadua tertuduh tidak diwakili peguam. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain