Ahmad terima sambutan "hero", dilabel "pahlawan tulen Bukit Bendera" - Semasa | mStar

Ahmad terima sambutan "hero", dilabel "pahlawan tulen Bukit Bendera"

GEORGE TOWN: Datuk Ahmad Ismail, yang digantung daripada jawatan Ketua Umno Bukit Bendera dua bulan lalu, hari ini diberikan sambutan sebagai "hero" dengan diisytiharkan "pahlawan tulen Melayu Bukit Bendera".

Ahmad diberikan sambutan sebagai pahlaman dengan dipersembahkan alat-alat kebesaran Melayu, antaranya keris pada majlis perasmian persidangan perwakilan bahagian itu petang ini.

Beliau yang melabelkan masyarakat Cina sebagai pendatang ketika kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh Ogos lalu digantung keahlian dan digugurkan kesemua jawatan parti selama tiga tahun.

Ahmad yang tiba di hotel Bayview Beach Resort di sini pukul 3.40 petang disambut masuk dengan meriah ke dewan utama persidangan meriah bersama iringan kompang dan persembahan silat.

Sebaik tiba beliau dikenakan tengkolok kuning oleh penasihat bahagian itu, Azmi Merican.

Kemudian beliau menerima selempang berwarna kuning daripada veteran Umno Saakyah Mat Isa, serta diberikan keris oleh seorang lagi veteran Abdul Rahman Lazim.

Selepas menerima komponen tradisi itu Ahmad menuju ke pentas utama manakala juruacara mengisytiharkan beliau sebagai pahlawan tulen Bukit Bendera.

Ketua Umno Cawangan Jalan Lahat, Madzalifah Abu Kassim kemudian membacakan sajak yang beliau hasilkan khas untuk Ahmad. Ia disusuli dengan laungan “Hidup Datuk Ahmad” dan “Hidup Melayu” sebanyak tiga kali.

Selepas menyanyikan lagu Warisan, dan solat, Ahmad, yang juga penasihat bahagian itu kemudiannya merasmikan persidangan yang diadakan secara tertutup.

Persidangan memilih Abdul Jalil Ariffin sebagai ketua bahagian tanpa dicabar.

Perwakilan juga meluluskan usul menggesa Majlis Tertinggi Umno menarik balik dan membatalkan penggantungan Ahmad.

Usul seumpama juga telah diluluskan oleh Pergerakan Wanita semalam.

Artikel Sebelum

Ahmad Bakri Ketua Penerangan Umno Kangar

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain