suria

Ahmad Bakri Ketua Penerangan Umno Kangar

KANGAR:Bekas Ketua Umno bahagian Kangar, Ahmad Bakri Datuk Ali yang memberi laluan kepada Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menerajui bahagian itu dilantik sebagai Ketua Penerangan Umno bahagian itu awal hari ini.

Md Isa mengumumkan perlantikan itu pada pukul 1.20 pagi tadi ketika ucapan penangguhan persidangan perwakilan Umno bahagian itu yang berlangsung di dewan besar Kompleks Warisan di sini.

Katanya, Ahmad Bakri telah melakukan pengorbanan besar dengan memberi laluan kepadanya untuk menang tanpa bertanding jawatan Ketua Umno bahagian itu tanpa sebarang syarat.

"Walaupun tiada syarat dikenakan namun saya melantiknya sebaggai Ketua Penerangan Umno bahagian atas pengorbanannya," kata Md Isa yang mendapat tepukan para perwakilan yang menunggu sehingga persidangan berakhir jam 1.26 pagi.

Beliau turut mengekalkan Aziz Had sebagai sebagai Setiausaha Umno bahagian itu.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Perlis Datuk Hashim Suboh gagal mempertahankan kedudukannya sebagai Timbalan Ketua Umno bahagian Kangar apabila tewas kepada pencabarnya Azam Rashid yang merupakan bekas anggota dewan undangan negeri kawasan Kayang.

Persidangan itu dihadiri hampir 500 perwakilan daripada 116 cawangan. BERNAMA

Artikel Lain