suria

Pencalonan Pemuda Rembau kecoh, tapi Khairy berjaya

REMBAU: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini mendapat pencalonan daripada Pemuda Umno Bahagian Rembau yang beliau ketuai bagi pertandingan jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti Mac depan.

Khairy berkata, pencalonan beliau di tempat sendiri itu telah melengkapkan kempennya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda.

"Pencalonan ini tidak sempurna jika rakanrakan saya sendiri tidak menyokong kita. Ini maruah saya," katanya selepas mesyuarat itu.

Pencalonan Khairy mendapat sokongan majoriti walaupun terdapat perwakilan yang membantah keputusan itu.

Keadaan menjadi kecoh apabila salah seorang perwakilan bangun untuk meminta percalonan yang telah ditutup, dibuka semuka.

Perwakilan lain yang melihat keadaan itu mula bangun dan menjerit "KJ, KJ, KJ" serta "Pencalonan ditutup, pencalonan ditutup".

Mesyuarat hari ini turut mencalonkan Exco Pergerakan Pemuda Umno Datuk Reezal Naina Merican sebagai Naib Ketua Pemuda Umno.

Khairy kini mengumpulkan 52 pencalonan bagi jawatan Ketua Pemuda Umno.

Dua lagi calon bagi jawatan itu adalah anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamed Khir Toyo, yang masing-masing mendapat 74 dan 57 pencalonan.

Ketiga-tiga mereka telah layak bertanding jawatan berkenaan, setelah melepasi kuota 39 pencalonan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain