suria

Kayveas belum putus sama ada pertahan jawatan

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas masih belum membuat keputusan sama ada akan mempertahan jawatannya pada pemilihan parti itu yang dijadual diadakan tahun depan.

Kayveas berkata, ia masih terlalu awal untuk membuat keputusan memandangkan pemilihan parti hanya akan diadakan selepas Mac depan dan tempoh itu memberikan beliau banyak masa untuk menilai sentimen di peringkat akar umbi.

"Saya akan meneliti perkembangan yang berlaku di dalam parti dan negara. Saya memilih untuk menganalisis keadaan di peringkat akar umbi terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan," katanya kepada pemberita pada mesyuarat majlis tertinggi parti di sini, hari ini.

Kayveas, 54, yang kalah di kerusi Parlimen Taiping pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, telah menerajui parti itu sejak 1993.

Sementara itu, Kayveas berkata, parti itu telah menerima kirakira 3,000 bekas anggota Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) untuk menyertai PPP.

Beliau berkata, dua pemimpin kongres itu, bkeas Setiausa a Kebangsaan Kimma Kamil Batcha dan bekas Ketua Pemuda Kebangsaannya Thajudeen Muhyiddin telah dilantik menganggotai majlis tertinggi PPP.

Katanya, PPP kini berusaha menarik lebih ramai profesional pelbagai kaum menyertai parti itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain