suria

Bunyi alat penggera keselamatan gagalkan cubaa merompak kedai emas

KUALA LUMPUR:Cubaan tiga lelaki merompak Kedai Emas Jin Wei Three, di Jalan Besar, Semenyih pagi ini gagal apabila seorang pekerjanya menekan alat penggera keselamatan, menyebabkan ketigatiga mereka lari lintang pukang.

Ketua Polis Kajang ACP Sakaruddin Che Mood berkata kejadian berlaku pada kirakira pukul 11 pagi apabila ketigatiga suspek yang berumur lingkungan 20an itu memasuki kedai emas berkenaan dan terus memecahkan cermin meja pameran menggunakan tukul besi.

"Apabila penggera keselamatan kedai itu berbunyi, ketigatiga suspek terkejut dan mereka melepaskan dua tembakan ke lantai, sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Proton Perdana berwarna emas," katanya.

Beliau berkata ketika kejadian terdapat dua pekerja dan seorang pelanggan di kedai itu, dan menurutnya siasatasn mendapati kereta Proton Perdana itu adalah sebuah kereta yang dilaporkan dicuri di Selangor.

Sakaruddin berkata polis sedang menyiasat dan meneliti rakaman kamera litar tertutup(CCTV) yang terdapat di kedai itu bagi mengenal pasti identiti suspek. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain